06 April 2011

Harith Sudah Bersekolah

Sudah agak lama blog ini saya tak update, sibuk dengan masalah dunia yang makin menjadi-jadi. hehe. Harith kini sudah berusia 5 tahun dan sudah pun bersekolah di Tadika Kemas Kangar.

Mula bersekolah pada awal tahun ni dan sekarang sudah 4 bulan menjalani kehidupan sebagai budak sekolah. Walaupun sudah 4 bulan bersekolah tapi ada juga hari yang bila bangun pagi masih lagi menangis. Macam-macam alasan yang harith bagi, sejuk la, ngantok la. Tapi sekolah tetap juga kena pergi, walaupun ngantok kerana yang menjamin masa depanya adalah sekolah. Belajar pandai-pandai senanglah hidupnya nanti. Itulah yang mampu saya katakan kepada harith walaupun kadang-kadang kasihan melihatnya yang ngantok dan tidak cukup tido kerana tido lewat.

Mengenangkan anak yang sudah bersekolah dengan usia saya 28 tahun, terasa yang diri sudah tua walaupun dari segi fizikal saya masih muda. Tapi dari segi pemikiran atau mental saya sudah berasa tua.

Memikul tanggungjawab pada usia muda banyak memberi saya pengalaman dan cabaran dalam hidup dalam membesarkan anak pada usia yang muda, ini kerana masih ramai lagi kawan seusia saya yang masih lagi membujang.

24 May 2010

Spek Hitam Harith

Hah..entri kali nie nak brcerita pasal Harith beli cermin mata... mula-mula sekali harih nak tanya uncle, auntie, kakak dan abang-abang semua...Handsome tak Harith??? hahaha..perasan la pulak.. maaf lah sebab gambar nie blur sikit.. mama la ni tangkap gambar, Harith tak ready lagi.. senyum pun tak sempat..

Nie first time Harith beli cermin mata hitam.. tu pun beli semata-mata nak Handsome.. hahaha perasan terlebih la nie. Sebab terlalu excited malam pun harith hentam pakai spek hitam nie.. tak pa, janji handsome kan??. Tapi tu la bila pakai malam, jalan pun harith tak nampak..nasib baik mama yang bawa kereta.. Kalau uncle, auntie, kakak dan abang nak tahu Harith pernah terjatuh gara-gara spek hitam nie.. mau tak jatuh, sebab pakai malam, mana nak nampak..hahaha...tp ssshhhhh..jangan beritahu orang lain tau.. lawak pun ada kan. papa ngan mama gelak jer kat harith.. So, pengajaran kat sini..pakailah spek hitam di siang hari.. malam jangan pakai.. nanti tak pasal-pasal belah orang..hahaha.

23 May 2010

Harith Sayang Papa


Harith, papa nak pesan. Bila harith baca entri ni, bila dah besar nanti, papa nak harith tahu yang papa dan mama sayang sangat-sangat kat harith. Kami nak harith tahu apa yang papa dan mama lalui semasa membesarkan harith. 

Pertama kali harith hadir dalam hidup kami, kami merasakan yang hidup kami bersinar kembali seperti bintang yang berkelip-kelip di langit. Setiap malam kami tidur dalam senyuman, kami terjaga setiap kali terdengar bunyi. Kami berikan sepenuh kasih sayang kami pada harith. Hidup kami tidak beharga tanpa harith.

Papa dan mama berharap, harith akan menjadi seorang anak yang soleh. Menjadi seorang yang berjaya dalam hidup suatu hari nanti.

22 May 2010

Harith Update Sendiri..Papa Sibuk!

Hari nie Harith nak menulis entri sendiri. Papa sibuk, tak sempat nak update.. Tak pa papa, hari nie Harith ambil alih.. hehehe. Kalau harith silap tulis papa jangan marah Harith tau..! huhuhu...Hari nie mama cuti. Best tau, kalau mama cuti.. Harith suka sangat..Papa pun suka. Hari yang kami selalu tunggu-tunggu. Pagi-pagi lagi mama bangun masak untuk Harith dan Papa. Kan best, mama masak boleh la makan sedap-sedap sikit.

Kalau mama cuti kan, mama boleh la lepak-lepak dengan harith..dengan papa. Nanti mama boleh tido lambat teman kami berdua Berblogwalking..hehehe. Boleh la kami bertiga layan citer best.. kalau mama kerja, mama asyik sibuk jer..nak duduk lepak sekali pun susah.. Mama sibuk!!! itulah ayat yang selalu Harith guna untuk mama.. tapi mama terima dengan senyuman jer.. hehehe.

Petang nie mama janji nak bawa Harith pergi taman. Syoknya.. boleh korek tanah. nanti Harith nak bawa lori tanah.. Harith minat sesangat dengan lori. Nape?? Harith sendiri pun tak tahu.. hehehe..semua lori Harith kenal.. Lori yang mama dan papa tak kenal pun Harith tahu.. hebat tak Harith??? hahaha.. oklah uncle, auntie, kakak, abang.. Harith dah nak keluar. Mama dah panggil... Mama nie sabaq sat!!.. Ok, Harith keluar dulu nak pergi taman.. Bye!!

20 May 2010

Entri Ni Pada Pukul 4.50 Pagi


Baru nak buat entri ni dah nak kena keluar. Adik ajak pi gunting rambut dia. Aku sambung balik menulis entri ni pada pukul 4.50 Pagi. Aku tido awal semalam sebab tu bila jaga nak g tandas dah tak boleh tido balik. Harith sekarang tengah ashik dok tido.

Harith semalam tido tak pakai pampers, bila aku bangun je nak pergi tandas aku tengok mama dia dah tido kat bawah. Aku pun pergi tanya kenapa mama tido kat bawah, mama dia cakap yang anak kencing kat tempat tido dia tu yang dia tido kat bawah.hehee

Harith memang kalau tido memang buas. Masa nak tido dia masih lagi kat tempat tido dia, tapi bila tengah2 malam dia pun lari la tido kat papa dan mama dia. Katil luas tapi dia ashik nak himpit mama dan papa dia.hehehe..

19 May 2010

Kisah Harith


Bagun je tidur terus nak mandi. Aku dah la banyak kerja, kan dah kena marah. Silap aku juga sebab tegas sangat dengan anak kesayangan aku ni. Sekarang dia tengah tidur sambil layan cerita bella. huhu. Senyap je tak cakap apa.

Harith seorang anak yang baik walaupun kadang-kadang agak aktif. Dia seorang anak yang comel, dari kecil sampai besar bila pergi mana-mana ada je orang akan puji dia. Kami juga akan berasa seronok dan bangga dengan pujian itu. Bagi seorang bapa anda juga tidak terlepas dengan pujian ni kan, setiap anak yang dilahirkan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Selepas dilahirkan kita sudah mendapat pujian, bila besar kita mengharapkan pujian. Semoga dia menjadi seorang anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin

Entri Kedua Lebih Seronok


Entri kedua untuk malam ni. Nampaknya lebih seronok menulis di blog ni daripada blog sendiri. Ini kerana di blog ini aku tidak perlu memikirkan entri yang memberi info kepada pembaca. Blog ni seratus peratus blog peribadi jadi aku tidak tertekan untuk menulis disini.

Semakin lama menulis semakin seronok, inilah yang dikatakan menulis ikut kemahuan sendiri dan bukan untuk pembaca. Untuk itu saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua followers yang telah meluangkan masa mengfollow blog ni. 

Untuk entri seterusnya saya akan menceritakan tentang perangai harith yang makin lama makin menjadi. hehehe, sekarang ni dia sedang ashik tido sampai tak sedar yang papa dia dok mengumpat tentang dia, tapi mengumpat yang baik-baik je..ye sayang. ok lah papa dah ngantuk ni kisa sambung esok ok..bye semua...

Entri Bertulis Buat Pertama Kali


Salam semua. Dah lama aku tak meletak gambar baru harith di blog ni. Blog ni pun dah jadi seperti tidak hidup bagi aku, ini kerana aku sangat sibuk dengan blog aku sendiri sampaikan tidak sempat aku update entri baru untuk blog ni.

Sebenarnya tujuan aku mencipta blog ni hanya bertujuan untuk meletak gambar-gambar baru harith buat simpanan dan tatapan sahabat-sahabat blogger aku. Tapi setelah aku memikirkan yang blog ni juga perlu ditulis tentang harith dan bukan sahaja meletak gambar.

Jadi buat kali pertamanya blog ini ada entri bertulis. Pada entri seterusnya aku akan mula menulis gelagat dan perkembangan harith iaitu anak kesayangan aku yang kini berusia 4 tahun. Setiap entri akan diletakkan gambar supaya dapat menceritakan tentang gambar terbaru yang akan di ambil semasa menulis entri.

30 March 2010

Masa Umur 3 Tahun 4 Bulan 16 Hari






20 March 2010

Masa Umur 3 Tahun 4 Bulan 6 Hari

Masa Umur 3 Tahun 3 Bulan 26 Hari








05 March 2010

Harith Bersama Sepupunya

28 February 2010

Masa Umur 3 tahun 3 bulan 14 hari

23 January 2010

Masa Umur 3 tahun 2 bulan



18 January 2010

Masa Umur 3 tahun



Related Posts with Thumbnails