19 May 2010

Entri Bertulis Buat Pertama Kali


Salam semua. Dah lama aku tak meletak gambar baru harith di blog ni. Blog ni pun dah jadi seperti tidak hidup bagi aku, ini kerana aku sangat sibuk dengan blog aku sendiri sampaikan tidak sempat aku update entri baru untuk blog ni.

Sebenarnya tujuan aku mencipta blog ni hanya bertujuan untuk meletak gambar-gambar baru harith buat simpanan dan tatapan sahabat-sahabat blogger aku. Tapi setelah aku memikirkan yang blog ni juga perlu ditulis tentang harith dan bukan sahaja meletak gambar.

Jadi buat kali pertamanya blog ini ada entri bertulis. Pada entri seterusnya aku akan mula menulis gelagat dan perkembangan harith iaitu anak kesayangan aku yang kini berusia 4 tahun. Setiap entri akan diletakkan gambar supaya dapat menceritakan tentang gambar terbaru yang akan di ambil semasa menulis entri.
Related Posts with Thumbnails