23 May 2010

Harith Sayang Papa


Harith, papa nak pesan. Bila harith baca entri ni, bila dah besar nanti, papa nak harith tahu yang papa dan mama sayang sangat-sangat kat harith. Kami nak harith tahu apa yang papa dan mama lalui semasa membesarkan harith. 

Pertama kali harith hadir dalam hidup kami, kami merasakan yang hidup kami bersinar kembali seperti bintang yang berkelip-kelip di langit. Setiap malam kami tidur dalam senyuman, kami terjaga setiap kali terdengar bunyi. Kami berikan sepenuh kasih sayang kami pada harith. Hidup kami tidak beharga tanpa harith.

Papa dan mama berharap, harith akan menjadi seorang anak yang soleh. Menjadi seorang yang berjaya dalam hidup suatu hari nanti.
Related Posts with Thumbnails