06 April 2011

Harith Sudah Bersekolah

Sudah agak lama blog ini saya tak update, sibuk dengan masalah dunia yang makin menjadi-jadi. hehe. Harith kini sudah berusia 5 tahun dan sudah pun bersekolah di Tadika Kemas Kangar.

Mula bersekolah pada awal tahun ni dan sekarang sudah 4 bulan menjalani kehidupan sebagai budak sekolah. Walaupun sudah 4 bulan bersekolah tapi ada juga hari yang bila bangun pagi masih lagi menangis. Macam-macam alasan yang harith bagi, sejuk la, ngantok la. Tapi sekolah tetap juga kena pergi, walaupun ngantok kerana yang menjamin masa depanya adalah sekolah. Belajar pandai-pandai senanglah hidupnya nanti. Itulah yang mampu saya katakan kepada harith walaupun kadang-kadang kasihan melihatnya yang ngantok dan tidak cukup tido kerana tido lewat.

Mengenangkan anak yang sudah bersekolah dengan usia saya 28 tahun, terasa yang diri sudah tua walaupun dari segi fizikal saya masih muda. Tapi dari segi pemikiran atau mental saya sudah berasa tua.

Memikul tanggungjawab pada usia muda banyak memberi saya pengalaman dan cabaran dalam hidup dalam membesarkan anak pada usia yang muda, ini kerana masih ramai lagi kawan seusia saya yang masih lagi membujang.

0 Respon:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails